dingin salju…

June 12, 2009

pagi tu dia bangun, pagi tu sejuk sgt, pagi2 yg mendatang akan sentiasa sejuk… pagi yg sejuk dan akan sejuk lagi hingga 3 bulan akan datang. dalam hati dia sentiasa berharap, cuaca sejuk ini akan berakhir. dimanakah matahari? dimanakah dikau matahari? namun dia juga berharap salji akan turun satu hari nanti. snow in melbourne? mungkinkah? dipagi yg sejuk dia bangun dan berkata dlm hatinya… “snow dah turun yeah!!!”…dan dalam hati dia berharap…dan tak mungkin terjadi… dia bangun dan membuka tingkapnya… ermm, matahari bersinar namun di dalam rumahnya… dingin salju. dia membuka laptopnya dan membaca email2 yg ada. satu persatu dibacanya dan dia terkilan. apakah yg membuatkan hati dia begitu susah untuk dipujuk? dia lantas membalas email tersebut dan keesokkan paginya, seperti hari2 pagi yg lalu, rutin yg sama dan dia membaca emailnya yg dibalas… mengapakah begitu keras hatinya? dia rs bersalah, dia akui dia bersalah… kesalahan yg diulangi dan diulangi… dia cuba berubah mengubah dan perlu berubah tetapi dia masih membuat perkara dan kesalahan yg sama… dia akui dia bersalah. Hanya tuhan yg mengerti, dia bersalah namun apakan daya dia juga manusia yg lebih membuat kesilapan dan tidak semestinya sentiasa betul dalam setiap gerak-gerinya. dia mencuba dan terus mencuba… namun tiada apa yg dapat mengubah hatinya… hatinya telah lama terluka… kenapa dia begitu egois tidak memujuk seperti dahulu kala? kenapa dia berubah? bagaimana dia akan menghadapi 8 bulan yang akan datang… tanpa dia di sisi…

dia terduduk kesepian… dia menangis… dia berfikir… dan dia melihat diluar tingkapnya, dan dilihatnya sepasang merpati sedang duduk di atas kabel letrik sambil mengerbangkan bulu-bulunya menahan kesejukan… alangkah bahagianya jikalau dia berada disisi… alangkah bahagianya jikalau dia dan dia seperti burung-burung merpati itu… terbang bebas tanpa diganggu, tidak memikirkan apa yg perlu dilalui dalam kehidupan… dalam hatinya… dia berkata lagi… aku ingin menjadi seperti merpati itu, terbang bebas dan kelilingi dunia… ya itulah yg diimpikannya. tetapi dia tersentak apabila melihat merpati itu… dia termenung lagi dan lagi dan lagi dan lagi…

2 Responses to “dingin salju…”

  1. custompicture said

    pergh dah macam nobela hehehe

  2. mysock82 said

    Kau dan aku ,adalah satu
    Tak kira apa
    Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
    Biar kata memisah kita
    Biarkan saja
    Kerana terbiasa
    Chorus :
    Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
    Sentiasa merasa kehilanganmu
    Ku akan tunggu saat bertemu
    Tiada henti
    Walau dimana kita berdiri
    Di dalam dunia ini
    Biar sampai akhirnya nanti

    Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
    Ingin merasa namun aku takkan cuba
    Biar kata memisah kita
    Biarkan saja
    Kerana terbiasa
    Ooohhh.
    Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
    Sentiasa merasa kehilanganmu
    Ku akan tunggu saat bertemu
    Tiada henti
    Walau dimana kita berdiri
    Di dalam dunia ini
    Biar sampai akhirnya nanti
    Biar sampai akhirnya nanti
    Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: