It’s our 6th Anniversary of love…
August 14, 2009
SUDAH 6 TAHUN!!!
14 Ogos 2009(Jumaat)-Berita tergempar hari ini, today is our 6th anniversary. satu kejadian penampar pada pipi aku dan akhirnye tertambat dihatinya… dia yg telah menampar aku dipangkor dan merupakan kejadian yg tergempar buat warga2 AD111 graphic bersama2 di pangkor. tamparan pada pipi aku ini akhirnye menambat hati si dia dan terus kekal hingga hari ini! satu kesah gempar dan akhirnye menjadi kesah chinta buat kami berdua. hehehe… xsangka da 6 tahun aku dan dia (yg tersayang sapa lagi? suzi) mengharungi suka duka bersama, dr diploma, hons degree, master dan mungkin phd (tp time phd tu da kahwin kot) hehehehe. 6 tahun beb! gaduh2, tumbuk2, marah2 (garang suzi ni rupenye, hehehe) manja2 (pemanja orgnye, suzila) dan lain2. mcm2 perkara kami alami bersama semenjak 6 tahun yg lalu. semua kami harungi bersama. masih ingat lagik time tuh nak ke school, naik moto angkat segala mcm barang sama2 da macam naik keta time tuh. huhuhu… suzi jugak yg byk bantu aku dlm kehidupan seharian, tanpa suzi yg aku syg ntah mcmana hidup aku nih agaknye, tanpa chinta di sisi. suzi jugaklah merupakan cinta pertama aku. tak penah couple seblm nih! maklum aaa sekolah semua jantan2. naseb xjd gay! hahaha… naseb ade suzi yg mengasihani diriku ini..cewahhh… apa nak tulis lg aaa? nntla sambung… anyway this is a card that i made specially for you darling! love you so much and miss you so much! sabar okay! next year kita kahwin! insyaallah!!! LOVE YOU and will always love you for ever and ever! muaaaaaacccchhhhhssssssssssss!!!
B


SPI ’09
August 10, 2009
Hi people, semalam me n zaffwan telah dijemput untuk menjadi official photographer for Seminar Pembangunan Insan (SPI) 2009. Thanks to Izhar Moslim yg menjemput kami dan memberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk mengambil gambar pada SPI kali ini. Semalam adalah hari yg memenatkan namun telah dibalas dengan gambar2 yg menarik! huahuahua… masa Dato Seri Hishamuddin nak balik tuh, me n zaffwan menyerbu mengejar DSHH mcm paparazzi, wakakaka and lepas dia masuk kereta je we all still try to get another shoot of him, tetiba dia keluar and dia kata kene amik gambar dgn photographer jugak. wahahaha… thanks Dato Seri, nanti da jd PM malaysia jgn lupa kami. wkakakakaka… lepaih tu amik gamba ingat official nak berdiri tegak jek, last2 dia peluk kita org mcm dah kenal lama, DSHH is quite a really nice guy, i think and hope so. nice to meeting him and its a great pleasure to had a pictures with him. so penat lelah semalam terbalas dgn gambaq2 nih! yeahhh!!! enjoy!


Nani balloon party…
July 17, 2009
last 2 nights i went to nani house warming party. huhu… her house is really nice and nice and nice… here are some picts i managed to shot.




cinta antara kita…
July 17, 2009
skang kul 2.42am…
Cinta Antara Kita
sejak dari dulu ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
cinta antara kitatiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg…
not in a mood…
July 17, 2009
skang kul 2.13am… sy betul2 xde mood. hari ini, esok dan lusa…
Night Photography Hunting…
July 17, 2009
Semalam petang, matahari begitu indah dan aku dgn rs nak amik gamba dgn bergegas mengajak zaffwan ke Albert Park. Albert Park dekat je kat sini. tp zaffwan kata dia bwk keta, so aku pon ok jelah. lebih kurang jam 4.30pm zaffwan pon sampai dan kami bergegas ke sana. terus je sampai aku pon keluarkan kamera aku dan mengambil beberapa keping gambar di sekitar Albert Park. Punyela sejuk cuaca time tuh, tp sbb nak amik gak gamba so tahan jelah… so adela beberapa ratus keping yg aku shot hahaha.. and inilah hasilnya…








Sarapan Pagi at Thomas Street…
July 16, 2009
Good Morning everyone… erm.. actually da tengahari dah. hahaha… so makan apa pagi td? makan makanan merapu… pisang (sliced) + cream cheese + raw sugar + microwave oven for 1 minute =



Salvador Dali… Liquid Desire
July 15, 2009
Hari ni bangun2 pagi, konon2 nak pegi jogging, pastu tutup mata balik nak tido 5 minit katanye… last2 sedar dah pukul 11.30am. Last2 jogging ntah ke mana. hahaha… Kemudian dpt call azhari ajak g ngopi… naseb da siap2 mandi terusla ngopi ngan mr. raja, zaffwan n azhari. Acara mengopi adalah acara olahraga yg perlu dilakukan setiap hari oleh kami. tp kadang2 miss jugak ngopi nih. hahahha… masa ngopi nilah kami membincangkan mengenai masalah2 pelajaran, pasal research, pasal awek dan sebagainya… hahahahhaa….

pastu aku ajakla azhari n zaffwan utk ke art exhibition Salvador Dali, si surrealism ni… tp xdak respons dr derang. maka aku pon pulang ke rumah. lepak2 n pas solat zohor dpt mssg dr radzi mengajak aku ke pameran si Dali ni… hahaha… apa lg. terus la aku mssg OKAY MATE jumpe di sana! aku pon siap2 n gerak ke sana… utk pengetahuan korang, kalo ke National Gallery of Victoria ni pada hari Rabu selepas jam 4pm, kadar bayaran dia murah byk utk student. entry masuk cume 11dolar jek! cayala… aku pon xtau. nihla 1st time aku ke pameran tu. hehehehe

sampai2 radzi n kayla xsampai lg… aku po keluarkan kamera n shot sedikit sebyk photo yg bule dimasukkan dlm journal perjalanan aku di australia nih… hhehe…tgh2 shot radzi n kayla pon sampai n kami pon p lah melawat ke floor2 exhibition yg lain sbb exhibition yg lain da nak tutup lg 30 minit (masa masuk tu da kul 4.30pm, tutup kul 5pm. tp pameran si Dali ni tutup kul 10pm)… pusing punye pusing da kul 5pm. pastu kami pon terus ke pameran Dali ni…
dia kata bule bwk kamera tp xleh amik gamba! hadei… so xdek la gamba dlm pameran tuh… hehhe… but apa yg aku nak kongsi ngan semua org, mmg rugi xpegi tgk pameran nih, rugi sgt rugi… kat malaysia mmg xdekla pameran dr artis2 tersohor ni… huhuhu… pameran dia mmg sgt best dan menarik! cara display pon best! terbaik! dpt byk manfaat dr segi exhibition, display, typography dan lain2. rs cam nak pegi utk kalo ke-2 dan kali ke-3… hehehehe… tak puas rsnye td tgk! arghhhh…. salvador dali! kenapa painting ko semua power2!!!
okla… sampai di sini saje buat hari ni… tgkla kalo esok ade apa2 yg menarik bule dikongsi bersama lg… sampai jumpe laieeee…







dingin salju…
June 12, 2009
pagi tu dia bangun, pagi tu sejuk sgt, pagi2 yg mendatang akan sentiasa sejuk… pagi yg sejuk dan akan sejuk lagi hingga 3 bulan akan datang. dalam hati dia sentiasa berharap, cuaca sejuk ini akan berakhir. dimanakah matahari? dimanakah dikau matahari? namun dia juga berharap salji akan turun satu hari nanti. snow in melbourne? mungkinkah? dipagi yg sejuk dia bangun dan berkata dlm hatinya… “snow dah turun yeah!!!”…dan dalam hati dia berharap…dan tak mungkin terjadi… dia bangun dan membuka tingkapnya… ermm, matahari bersinar namun di dalam rumahnya… dingin salju. dia membuka laptopnya dan membaca email2 yg ada. satu persatu dibacanya dan dia terkilan. apakah yg membuatkan hati dia begitu susah untuk dipujuk? dia lantas membalas email tersebut dan keesokkan paginya, seperti hari2 pagi yg lalu, rutin yg sama dan dia membaca emailnya yg dibalas… mengapakah begitu keras hatinya? dia rs bersalah, dia akui dia bersalah… kesalahan yg diulangi dan diulangi… dia cuba berubah mengubah dan perlu berubah tetapi dia masih membuat perkara dan kesalahan yg sama… dia akui dia bersalah. Hanya tuhan yg mengerti, dia bersalah namun apakan daya dia juga manusia yg lebih membuat kesilapan dan tidak semestinya sentiasa betul dalam setiap gerak-gerinya. dia mencuba dan terus mencuba… namun tiada apa yg dapat mengubah hatinya… hatinya telah lama terluka… kenapa dia begitu egois tidak memujuk seperti dahulu kala? kenapa dia berubah? bagaimana dia akan menghadapi 8 bulan yang akan datang… tanpa dia di sisi…
dia terduduk kesepian… dia menangis… dia berfikir… dan dia melihat diluar tingkapnya, dan dilihatnya sepasang merpati sedang duduk di atas kabel letrik sambil mengerbangkan bulu-bulunya menahan kesejukan… alangkah bahagianya jikalau dia berada disisi… alangkah bahagianya jikalau dia dan dia seperti burung-burung merpati itu… terbang bebas tanpa diganggu, tidak memikirkan apa yg perlu dilalui dalam kehidupan… dalam hatinya… dia berkata lagi… aku ingin menjadi seperti merpati itu, terbang bebas dan kelilingi dunia… ya itulah yg diimpikannya. tetapi dia tersentak apabila melihat merpati itu… dia termenung lagi dan lagi dan lagi dan lagi…
aduh, hidung mcm berair la plak. huhu. keje banyak. cuaca plak sejuk. camne nak buat keje nih!!! minggu ni mmg minggu yang sejuk! baju pon dah dua tiga lapis. huhu… otak gua membeku. itulah sapa suh xnak kawin. kan dah menyesal! wakakakaka… bak kata kawan2 aku. kawin best ooooo!!! hadui! toya mat amin punye kawan!
